Apa yang diperlukan untuk membuat pemfailan melalui Biro Perkhidmatan? Sila isikan Service Bureau Request Form (SBRF) yang boleh didapati di dalam Portal eKehakiman.
Bagi orang awam yang tidak mempunyai kemudahan internet, sila rujuk kepada kerani Biro Perkhidmatan untuk mendapatkan borang tersebut.
Bagaimanakah boleh saya menyemak samaada dokumen saya telahpun siap diproses? Satu notifikasi akan dihantar kepada alamat emel dibekalkan di dalam SBRF yang dikemukakan bersama dokumen yang difailkan itu.
SISTEM E-FILING
1.Pengenalan EFS
Apakah prosedur pendaftaran e-Filing bagi pihak peguam? 1. Dapatkan ID Rujukan e-Filing (EFS) dari laman web eKehakiman (klik sini)
2. Memohon bagi Roaming Certificate (klik sini)
3. Buka akaun perbankan dalam talian
4. Daftar akaun pentadbir EFS dari laman web eKehakiman (klik sini)
5. Daftar akaun EFS untuk peguam
Adakah kesemua Firma Guaman/Agensi perlu menggunakan sistem e-Filing? Ya, kesemua Firma Guaman/Agensi yang berada di lokasi yang telah dimasukkan ke dalam eCOURT Fasa 2 mesti berbuat demikian.
2.EFS – Sijil Digital bagi Firma Guaman
Bagaimanakah cara untuk dapatkan Roaming Certificate? Pembelian Roaming Certificate boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian. (klik sini)
Apakah senarai semak bagi permohonan Roaming Certificate? 1. ID rujukan EFS (klik sini)
2. Salinan MyKad pemohon
3. Surat kuasa firma guaman
Adakah setiap peguam di dalam firma saya perlu mempunyai Roaming Certificate sendiri? Cara terbaik ialah setiap peguam yang membuat pemfailan kes perlu mempunyai Roaming Certificate sendiri.
Bolehkah saya menggunakan Roaming Certificate yang sama sekiranya saya bertukar ke Firma Guaman yang lain? Tidak, kerana setiap Roaming Certificate sudah didaftarkan mengikut Firma Guaman masing-masing.
Adakah sijil digital yang dibekalkan diiktiraf oleh pihak-pihak yang berkaitan? Ya. Sijil digital yang dibekalkan oleh Certificate Authority (CA) adalah diiktiraf oleh Verisign di peringkat antarabangsa.
Adakah Roaming Certificate boleh dikongsi dengan pengguna lain? Setiap Roaming Certificatemengandungi data-data peribadi pemilik asal. Oleh demikian, pemilik sijil digital perlu bertanggungjawab ke atas pemfailan yang dibuat dengan Roaming Certificate mereka sendiri.
Bolehkah saya membuat pembelian sijil digital dari pihak pengeluar sijil yang lain di Malaysia? Tidak. Roaming Certificate boleh dibeli daripada MSC Trustgate Sdn. Bhd. sahaja.
Sekiranya saya mempunyai lebih dari satu cawangan Firma Guaman, berapa akaun Pentadbir Sistem EFS yang perlu didaftarkan? Setiap satu cawangan firma yang berdaftar dengan BAR Council perlu mempunyai Pentadbir Sistem EFS tersendiri.
Sebelum ini, saya mempunyai Token USB. Adakah saya perlu mendapatkan Roaming Certificate? Anda dinasihatkan untuk menukarkan Token USB kepada Roaming Certificate. Anda hanya boleh menggunakan Token USB anda sehingga 14 Julai 2020.
Berapa lamakah perlu saya tunggu untuk mendapatkan Token USB? Ia akan mengambil masa selama 3 hari bekerja selepas permohonan dalam talian dihantar.
3.EFS – Sijil Digital bagi Agensi
Bagaimanakah cara bagi mendapatkan Softcert? Emailkan permohonan kepada Softcert. ekehakiman@kehakiman.gov.my
Apakah senarai semak bagi Permohonan mendapatkan Softcert? 1. Nama penuh pemohon seperti yang tertera dalam MyKad
2. Nombor MyKad
3. Nombor telefon
4. Alamat emel
5. Agensi
Adakah setiap pegawai di dalam agensi saya perlu mempunyai Softcert sendiri? Cara terbaik ialah setiap pegawai yang membuat pemfailan kes perlu mempunyai Softcert sendiri.
Bolehkah sekiranya Softcert dikongsi dengan pengguna lain? Setiap SoftCert mengandungi data-data peribadi pemilik asal. Oleh yang demikian, pemilik sijil digital perlu bertanggungjawab ke atas pemfailan yang dibuat dengan SoftCert mereka sendiri.
Sekiranya saya mempunyai lebih dari satu cawangan Agensi, berapa akaun Pentadbir Sistem EFS yang perlu didaftarkan? Setiap cawangan di peringkat negeri dinasihatkan untuk melantik Pentadbir Sistem mereka sendiri bagi memudahkan operasi harian.
4.EFS – Sijil Digital (Persediaan & Troubleshooting)
Saya masih mempunyai Token, bolehkah saya menggunakan Token yang sedia ada? Ya, anda masih boleh menggunakan Token yang sedia ada sehingga 13 Julai 2020. Tetapi harus diingatkan bahawa anda perlu menukarkan ejen MPKI yang sedia ada kepada ejen MyTrustID Desktop. Sila rujuk Panduan Pemasangan Manual Desktop bagi MyTrustID.
(klik sini)
Bagaimanakah cara untuk saya mengakses sistem EFS? Sistem EFS
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya terlupa kata laluan saya? Klik pada “Terlupa kata laluan?”, dan anda akan dikehendaki memasukkan Nombor Pengenalan dan alamat e-mel anda. E-mel akan dihantar kepada anda dengan kata laluan sementara. Sila gunakan kata laluan sementara tersebut untuk log masuk dan tukar kata laluan baru.
Bolehkah saya memfailkan kes baru dan kes yang sedia ada secara serentak melalui Sistem e-Filing? Tidak, tetapi anda boleh memfailkan beberapa kes baru atau beberapa kes yang sedia ada pada satu masa yang sama.
Bagaimanakah cara untuk saya pastikan bahawa dokumen yang saya hantar telah berjaya diserahkan? Status Filing akan menunjukkan ‘Pemfailan Diterima’ di dalam sistem.
Berapakah maksimum saiz fail yang boleh saya muat naik melalui e-Filing? Terhad sehingga 50MB bagi setiap penyerahan fail secara dalam talian.
Apakah format fail yang harus saya gunakan untuk dihantar melalui e-Filing? Format: eForm dan PDF. eForm adalah bentuk elektronik yang dihasilkan berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemfailan melalui sistem. Semua dokumen lain mestilah dimuat naik dalam format PDF.
Bagaimanakah cara untuk saya tahu apabila dokumen sudah bersedia untuk extraction? Anda akan mendapat notifikasi melalui e-Filing dengan pautan bagi memuat turun dokumen yang telah diproses.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya menghadapi masalah sambungan rangkaian ketika menggunakan sistem ini? Sila hubungi pembekal khidmat rangkaian anda atau perunding teknikal anda untuk menyelesaikan sebarang masalah sambungan tersebut.
Apakah sistem operasi yang boleh digunakan selain daripada Windows? Sistem Operasi (Windows dan Mac) sahaja. Web Browser yang boleh digunakan hanyalah (Google Chrome dan Mozilla Firefox) sahaja dengan tetapan terkini.
Berapa banyak dokumen yang boleh saya muat naik dalam satu masa yang sama? Maksimum 10 dokumen dalam satu pemfailan dan setiap satu dokumen tersebut, saiz document mestilah tidak melebihi 35MB.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya dokumen yang saya ingin failkan telah hilang dari senarai Dokumen? Sila maklumkan kepada e-Kehakiman di
ekehakiman@kehakiman.gov.my
Apakah yang dimaksudkan dengan Tarikh pemfailan kes? Tarikh pemfailan kes adalah apabila status berubah menjadi ‘Filing diterima’.
Adakah peguam boleh memfailkan kes bagi mana-mana lokasi mahkamah melalui Sistem e-Filing? Tidak. Peguam hanya boleh memfailkan kes bagi lokasi mahkamah yang telah termaktub dalam Sistem e-Filing sahaja.
Bolehkah saya mengemukakan kes rayuan dalam Sistem e-Filing? Boleh. Pengguna hendaklah mengisi maklumat rayuan & pilih ‘pihak rayuan’ semasa memfailkan Notis Rayuan. Sila rujuk panduan pengguna dalam Sistem e-Filing.
Bagaimanakah caranya untuk saya memfailkan dokumen bagi kes yang telah dibuat sebelum pelancaran sistem? Bagi mana-mana kes yang difailkan sebelum pelancaran sistem, pemfailan akan diteruskan seperti biasa (contoh: melalui Kaunter Servis Biro).
Perlukah saya mempunyai perbankan dalam talian bagi membuat pemfailan melalui sistem? Ya. Sekiranya anda adalah firma guaman, GLC atau korporat. Tidak perlu sekiranya anda adalah Agensi Awam atau Penguatkuasa.
Pembayaran berjaya dari akaun perbankan saya, tetapi status pemfailan saya tetap "Pending Pembayaran". Apakah yang perlu saya lakukan? Sila e-mel kepada ekehakiman@kehakiman.gov.my dan sertakan sekali:
1. Screenshot dari EFS.
2. Salinan resit FPX dengan butiran.
SISTEM E-LELONG
1.Gambaran Am e-Lelong
Kamus Sistem e-Lelong Klik disini untuk muat turun
Garis Panduan e-Lelong Klik disini untuk muat turun
2.e-Lelong - Menggunakan Sistem e-Lelong
Bagaimana saya membayar Deposit untuk satu lelongan? Pembida perlu membuat Deposit sebanyak 10% dari Harga Rizab melalui draf bank. Draf Bank ini perlu dihantar ke POeL (Pusat Operasi e-Lelong) melalui tangan atau Pos Laju.
Jika saya tidak berjaya dalam lelongan, adakah saya akan dapat kembali Deposit saya? Ya, kami akan mengembalikan Deposit anda (Draf Bank) di mana ia akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.
Berapakah Bidaan Maksimum? Bidaan Maksimum adalah jumlah maksimum yang anda sanggup bayar untuk lelongan. Jumlah akhir yang perlu anda bayar mungkin lebih rendah daripada bidaan maksimum yang telah anda tetapkan (bergantung kepada hasil lelongan), tetapi tidak akan melebihi daripada itu.
Apakah Penambahan Bidaan? Penambahan Bidaan adalah jumlah minimum yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Sistem e-Lelong. Ini adalah jumlah tetap yang perlu anda tambahkan di setiap tawaran bidaan anda.
Sebagai contoh, jikalau Bidaan Penambahan adalah ditetapkan sebanyak RM1,200.00 untuk sesebuah hartanah dimana Harga Rizabnya sebanyak RM1,500,000.00, pembida boleh menaikkan bidaannya kepada jumlah RM1,501,200.00, kemudian RM1,5,02,400.00 dan sebagainya.
Pembida juga boleh meletakkan bidaan jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah minimum yang telah ditetapkan selagi jumlah bidaan itu merupakan gandaan penuh jumlah asal Bidaan Penambahan.
Merujuk kepada contoh di atas, pembida boleh menggandakan dua kali penambahan bidaan dari RM 1,502,400.00 dan seterusnya RM 1,502,800.00 dan sebagainya.
Bolehkah saya meletakkan harga bidaan sebelum lelongan bermula? Ya, anda digalakkan untuk menetapkan bidaan maksimum anda sebelum lelongan bermula. Walaubagaimanapun, proses bidaan sebenar hanya akan bermula selepas lelongan bermula.
Bolehkah saya menurunkan harga bidaan saya? Jika anda adalah pembida tertinggi semasa lelongan, anda boleh mengurangkan bidaan anda. Jika jumlah bidaan anda kurang daripada pembida lain ketika membida, anda tidak akan dapat menurunkan bidaan anda.
Berapakah lamakah tempoh masa lelongan? Setiap lelongan hanya diberi satu jam, tetapi akan berakhir jika tiada pembida aktif dalam masa 2 minit 30 saat. Kiraan masa akan dipaparkan apabila masa hanya tinggal 30 saat.
Jika terdapat pembida yang telah membayar deposit tetapi tidak menetapkan bidaan maksimum mereka, lelongan akan berakhir dalam masa 30 minit jika semua pembida tidak aktif mengambil bahagian di dalam lelongan.
Apakah syarat-syarat untuk membida? Untuk maklumat lanjut, sila layari pada halaman Terma & Syarat.
Apa yang berlaku jika pembida lain meletakkan bidaan maksimum sama seperti saya? Sebelum lelongan bermula, ramai pembida boleh meletakkan bidaan maksimum yang sama. Jika pembida pertama yang menetapkan bidaan maksimum yang tertinggi di antara semua pembida sebelum lelongan bermula, pembida pertama tersebut akan menang.
Tetapi, ketika lelongan sebenar, pembida akan di halang daripada meletakkan bidaan jika jumlah bidaan tersebut sama seperti bidaan maksimum pembida lain.
Jika situasi di atas berlaku, sistem akan menghantar notifikasi kepada pembida tersebut.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlupa ID saya (login e-mel)? Sila hantar e-mel kepada elelong@kehakiman.gov.my bersama dokumen ID anda. Anda perlu menjawab Soalan Keselamatan anda dalam mendapatkan semula ID anda.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlupa kata laluan saya? Anda boleh meminta kata laluan sementara anda dengan memasukkan alamat e-mel e-Lelong yang anda gunakan untuk mendaftar dengan e-Lelong di dalam pautan “Terlupa kata laluan anda?” di halaman e-Lelong.